Makmal Perubahan Iklim dan Adaptasi (Climate Change Adaptation (CCA) Laboratory)

 
UMT berbesar hati menerima kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi ke kampus, Universiti Malaysia Terengganu.
 
Alhamdullillah, terima kasih Yang Berhormat Datuk Seri kerana sudi menyempurnakan majlis perasmian bangunan baharu Institut Bioteknologi Marin (IMB) seterusnya melawat ke Makmal Perubahan Iklim dan Adaptasi (Climate Change Adaptation (CCA) Laboratory).
 
Makmal Perubahan Iklim dan Adaptasi atau lebih dikenali sebagai “CCA Lab” adalah antara salah satu makmal di Institut Bioteknologi Marin yang dilengkapi dengan alatan berkelengkapan tinggi dan teknologi yang canggih.
 
Diketuai dan diasaskan oleh saya sendiri, dengan sokongan dana berjumlah RM 3.56 juta oleh Kementerian Pengajian Tinggi, iaitu Geran Penyelidikan Jangka Panjang, “Long Term Research Grant Scheme” yang lebih memfokuskan ke arah penyelidikan adaptasi organisma akuatik terhadap perubahan iklim.
 
Dengan tertubuhnya “CCA Lab” ini, UMT sangat bersedia untuk meneraju penyelidikan yang canggih ke atas adaptasi spesis akuatik terhadap perubahan iklim di Malaysia.
 
Aktiviti penyelidikan di sini akan dapat menggalakkan lagi penghasilan data saintifik dan rujukan utama yang bernilai untuk rakyat, juga buat Negara kita.